KEDATANGAN KAMI KE UiTM PERLIS
Untuk pengetahuan
anda semua, kami adalah pelajar bagi kursus Diploma
Pengajian Perniagaan Sessi Jun 98 - Jun 2001 Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis
yang sekarang
nie masih lagi berjuang untuk mencapai cita-cita
masing-masing.. Kursus kami adalah selama 3 tahun
pengajian. Sekarang nie kami berada di salah satu daerah
terkemuka di negeri Perlis iaitu di Arau. Kami adalah
antara pelajar DBS yang teramai di UiTM Arau iaitu
seramai 132 orang pelajar. Jika dibandingkan kursus kami
adalah kursus terbesar di UiTm Arau di bawah Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan.Kami antara batch yang kedua
ramai bagi sessi Jun 2000 setelah kedatangan Pelajar baru
yang semakin bijak iaitu pelajar dari semester satu yang
merupakan Majoriti di UiTM Arau. Namun bergitu
kebanyakkan pelajar bagi kursus DBS telah diletakkan di
UiTM Merbuk di Kedah.Namun kami rasa amat berbangga dapat
menepatkan diri uiTM cawangan Perlis yang merupakan
cawangan kedua terbesar selepas UiTM Shah Alam.Jumlah
kami kini seramai 132 orang pelajar dari 200 orang dari
semester pertama iaitu pada tahun 1998 dalam bulan
Jun.Jumlah kami semakin menurun kerana terdapat diantara
kami yang trasnfer ke UiTM lain,memasuki IPT-IPT lain dan
tidak kurang juga yang tidak bernasib baik...Dengan
jumlah sebanyak ini kami semakin lama semakin mesra alam
dengan dibawah pimpinan Presiden sederhana hensem kami
yang sudah ditampuk pimpinan generasi ketiga.Menjelang
semester baru ini adalah merupakan semester terakhir kami
iaitu semester enam. Dalam semester ini pasti kami akan
berusaha untuk mencapai apa yang kami mahukan selama ini.
Dengan adanya laman ini dapatlah kami mengigati kembali
pengalaman dan apa yang kami lakukan dari awal hingga ke
semester akhir. Sedar dalam tak sedar kami dah senior di
UiTM Arau.Kursus lain mesti dengki punylalah!!YEAHAAA...cayalah!!!
Kepada semua pelajar DBS part 6 sessi
Dis 2000...semoga anda berjaya hendaknya dalam semester
ini..kerana semester ini adalah penentu kejayaan anda
selama 3 tahun anda di UiTM Arau..Harapan WebMaster
semoga kita dapat meneruskan perjuangan yang tak pernah
tamat bukan hanya di tengah jalan..Jangan Lupa Diri dan
Jangan lupa geng geng disini. Hehe dan jangan dilupa akan logo lama UiTM.
Webmaster sengaja membubuh logo lama yang kini dah bertukar wajah
kepada logo baru tu....Rasa-rasa logo mana lagi menarik yang lama atau
yang baru..
SEMOGA
BERJAYA!
Alamat Kami Semester Jun Y2k -Okt
Y2k
Presiden DBS
Semester 6
Diploma Pengajian
Perniagaan
Universiti Teknologi Mara
Cawangan Perlis 02600 Arau,
PERLIS
|
"Ada Komputer tapi takde games
baik tak payah beli Komputer"
History
Lifestyle Lifestyle2 UiTM Perlis Organisasi Aktiviti Gambar1 Gambar2
KedaiKopi SignGuestBook1 LihatGuestBook1 Signguestbook2 LihatGuestBook2 SenaraiPelajarDBS
Webmaster
Nukilan
Hakcipta
terpelihara copy mengcopy tak dibenarkan tanpa pemberitahuan,DBSDOTNET2000
Sponsored
by WWW.ANGELFIRE.COM
|